Like Our Facebook Page To Help Us Grow!!

Jemput Lawat IzwanIzzati Collections

Dapatkan koleksi terkini dan menarik seperti baju kebaya nyonya, kain pasang sulam, jubah muslimah, baju kurung moden dan sebagainya.

IzwanIzzati Blog Owner

Selamat Datang ke Official Blog IzwanIzzati Pretty Collections. Kalau ada ape-ape persoalan or request boleh tanya Izzati k..

Seminar Perniagaan Online 2012

Jom sertai Seminar Perniagaan Online 2012 dan Business Networking yang kami anjurkan. Sangat berguna bagi sesiapa yang ingin memulakan perniagaan online. Daftar Sekarang. Tempat Terhad.

Tentang Kami Izwan dan Izzati

Dua Hati..Mencipta Sebuah Kisah Cinta Abadi

Jemput add Izzati di Facebook

Jemput add Izzati di Facebook dan LIKE Fan Page kami ya. Boleh kita bertukar cerita dan kembangkan perniagaan

Wednesday, 9 May 2012

Kebaya Nyonya Corak Ikan Emas - mmg TIPTOP

As'salam w.b.t,

Hye semua..hari ni sy akan tulis tentang Kebaya Nyonya Corak Ikan Emas by Izwanizzati Collections.Kebaya Nyonya Corak Ikan Emas ini merupakan corak terbaru keluaran Izwanizzati Collections

Kebaya Nyonya Corak Ikan Emas -KNP 345
 Apa yang menariknya adalah Kebaya Nyonya Corak Ikan Emas ini mempunyai satu warna dan satu corak sahaja. Ini merupakan kali pertama kami tampilkan Kebaya Nyonya Corak Ikan Emas. Kebaya Nyonya Corak Ikan Emas ini merupakan sulaman tangan sepenuhnya. Kami juga menggunakan kain yang berkualiti untuk setiap Kebaya Nyonya kami.

Bagi sesiapa yang inginkan kelainan, anda boleh mencuba untuk memiliki Kebaya Nyonya Corak Ikan Emas ini. Anda pasti akan nampak lain dari yang lain. Tampilkan keyakinanmu dengan Kebaya Nyonya Corak Ikan Emas ini.

Kebaya Nyonya Corak Ikan Emas ini amat cantik dengan tenunan halus yang pasti akan memuaskan hati bila memakainya. Kebaya Nyonya di Izwanizzati Collections dibawakan khas dari Indonesia. Rasailah keselesaannya ^_^

Kebaya Nyonya Corak Ikan Emas ini terdiri dari size S,M,L,XL,XXL & XXL. Harga untuk Kebaya Nyonya Corak Ikan Emas ini hanya Rm129 (size s,m & L). Rm 139 (size XL,XXL & XXXL).Bagi sesiapa yang berminat anda boleh membeli melalui website kami iaitu Izwanizzati Collections. Anda juga boleh sms atau call sy di 017-5651512 atau 012-6907705 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Salam Sayang,
Izzati
www.izwanizzati.com


Tuesday, 8 May 2012

Kebaya Nyonya Merak - SUPER HOT !!!

As'salam w.b.t,

Hye semua ^_^ how are u today? i hope everything gonna be fine and cheerful. Malam ni sy akan update tentang Kebaya Nyonya Merak by IzwanIzzati Collections. Kebaya Nyonya Merak ini didatangkan khas dari Indonesia.

Kebaya Nyonya Merak ni juga special sbb cuma ada dalam 8 corak & warna sahaja. Kebaya Nyonya Merak ni adalah antara design terbaru di Izwanizzati Collections. Kami juga mementingkan kualiti kain dan corak yg terdapat di baju kebaya. Semua corak yang ada pada baju kebaya ini merupakan hasil sulaman tangan sepenuhnya. Jadi, kamu semua dijamin puas hati apabila dapat memiliki antara satu Kebaya Nyonya kami.

Harga? jgn risau..harga untuk sehelai kebaya di Izwanizzati Collections adalah amat berpatutan. Kamu pasti mampu membelinya. 

ok,jom tgk 8 corak Kebaya Nyonya Merak tu ^_^ 

KNP 091
KNP 150

KNP 338

KNP 340

KNP 341

KNP 183

KNP 343
KNP 351
 Bagi sesiapa yg berminat boleh la singgah ke website Izwanizzati Collections. Kalau nak senang, boleh call atau sms sy di 017-5651512 atau 012-6907705 untuk sebarang pertanyaan atau order.


tak lama lagi nak raya..apa kata korang shopping dulu kebaya nyonya nie..hehe


salam sayang,
Izzati
www.izwanizzati.com

Tuesday, 24 April 2012

TIPS GAYAKAN KEBAYA NYONYA


one of my Kebaya Nyonya collection www.izwanizzati.com



As’salam..
Hye semua ^_^ Apa khabar? Sy harap kamu semua sihat. Hari ni sy akan kongsikan sedikit TIPS GAYAKAN KEBAYA NYONYA. Bagi sesiapa yg minat untuk memiliki dan membeli Kebaya Nyonya boleh la singgah ke IZWANIZZATI COLLECTIONS. Kebaya Nyonya sulam ni sepenuhnya buatan tangan dan kainnya sgt berkualiti.

Kebaya Nyonya Design Merak www.izwanizzati.com

 Okey..seperti biasa baju kebaya memang dipakai dengan kain sejak dulu lagi. Kain pulak ada macam2 jenis kain. Yang paling popular dikalangan masyarakat kita adlh kain batik. Kain batik mmg senang nak cari. Kalau korg pergi jalan-jalan ke Kelantan,Terengganu & Langkawi confirm korg akan dpt byk kain batik.

Selain tu, korang boleh gayakan Kebaya Nyonya dengan kain kosong tanpa corak. Kain kosong ni pun korg senang nk cari..kat Nagoya, Jakel atau Jalan Tar pun byk. Kalau nk murah Nagoya pun ok. Kalau nk yg mahal gitu..boleh la cari kt tmpat mahal2x. Kain kosong ni biasanya sy akan cari jenis satin..baru cantik bila pakai dgn Kebaya Nyonya.

Nak lagi cantik? Korg boleh gayakan dgn kain potongan duyung atau kain kembang payung.korang boleh pilih material kain jenis apa yg sesuai dijahit ikut potongan tersebut.Haa..meletops gitu ^_^

Kalau nak gayakan dgn kain pario pun boleh. Kain pario mmg gandingan serasi dgn Kebaya Nyonya. Tak kisahlah kain pario tu belum siap jahit atau yg dah dijahit.

Zaman skrg pulak mmg ramai yg akan pakai Kebaya Nyonya dgn jeans, skirt labuh samada kembang atau biasa,Polazzo,seluar slack & dress kosong. Lagi satu, Kebaya Nyonya selalunya jarang sikit, so korg kena pakai singlet,korset atau inner kat sblh dalam.

Untuk yg free hair korg boleh gayakan dgn skirt pendek,seluar jeans pendek dan legging. Lebih moden lg..korg pakai singlet kt dlm,kebaya kt luar,pakai belt sbg aksesori padankan dgn skirt pendek.

~SELAMAT MENCUBA TIPS NI~ 

Salam Sayang,
Izzati,
017-5651512 

I love Pink ^_^ 








Thursday, 19 April 2012

10 TIPS LUPAKAN SESEORANG

Credit to : google
 As'salam,

Hye uollss..ape khabar? sy harap kamu semua happy,sihat dan sentiasa bersemangat dalam apa yang dilakukan (yg baik2x shj ok).

Jom kita imbas semula zaman cintan cinton kita semua..haha..mesti ade yg perit,sedih,sentap & tak kurang jugak yg kelakar kan? Korang semua mesti pernah mempunyai seseorang yang begitu istimewa buat diri korang kan? seseorang yang boleh dikatakan sbg nyawa korang. Dalam kata lain..kekasih hati/boyfriend/girlfriend/pakwe/makwe. haa..nak lebih special : papa/mama/anje/cyg/hubby/syg/bubu & mcm2 lg lah..

Maksud seseorang yg istimewa adalah orang yang terlalu beerti buat diri kamu semua. Seseorang yg melengkapi kekurangan diri kita.Seseorang yg selalu ada disaat kita perlukan.Seseorang yang menyuntik semangat kita untuk terus maju ke hadapan. Seseorang yg menceriakan kita apabila kita sedih. Yup..sbg pendengar masalah kita dan sbg tempat bermanja.

Tapi apa yg korang rasa bila orang yg sgt kita sayang,org yg sgt kita cinta, orang yg paling beerti bg kita, orang yg begitu dekat dgn kita kini meninggalkan korang? Biasa je? atau memang sangat2x sedih? 

Confirm2x korang akan jadi bengong @ bingung dalam keadaan camtu kn? Camner korang nak lupakan si dia tu? bg yg x penah merasa, mmg senang bercakap! luar nampak muram & x bermaya, tp dalam..mak aihh..PARAH!

Bg korang yg baru je putus cinta or mmg nk lupakan seseorg..korang blh cuba tips dr sy. Sy bukanlah hebat sgt..cuma nak share je tips.Mane la tahu, tips tu berkesan buat korang..

TIPS UNTUK LUPAKAN SESEORANG YANG ISTIMEWA
  • Buang semua pemberian daripada si dia (coz semua barang dr dia akan buatkn korang ingat pd dia)
  • Menangislah sepuas-puasnya (coz x guna korang simpan airmata buat si dia. Menangis akan buat korang rasa lega)
  • Pergi tempat yang korang suka & tempat yg menenangkan (coz korang akan rasa tenang bila lihat alam indah ciptaan Allah s.w.t)
  • Menjerit sekuat hati (yg ni korang g kat tempat yg xde org la..ex: pemandangan dr tempat tinggi. korang akan rasa lega & bertambah kuat lps jerit kuat2x)
  • Fikir Positif (redha dgn apa yg berlaku & fikir byk benda lain yg lbh bagus drpd si dia)
  • Maafkan si dia (setiap org buat silap..kita sbg umat islam dituntut utk memaafkan org lain.tak kisah la lambat @ cepat)
  • Keluar bergembira dgn kawan-kawan (korang blh lepak dgn kwn2 korang. kawan adlh best person yg pastinya buat kita rasa happening)
  • Dekatkan diri dgn keluarga ( keluarga adalah terapi yg bagus. ibu bapa,kakak @ abg pasti akan mengisi kekosongan hati kita dgn nasihat yg berguna)
  • Solat & Baca Al-Quran (mengadulah dgn Allah s.w.t..binalah kekuatan hati & jiwa korang)
  • Baca buku motivasi (kita insan yg lemah. x salah kalau korang tingkatkan keyakinan dgn baca buku motivasi)
Sudah lah..dah sampai masa untuk korang lupakan dia. Korang boleh hidup dan buat apa yg korang nak tanpa si dia. InsyaAllah..biarkan si dia berlalu seiring dgn masa yg berlalu. Korang akan berjaya melupakan segala kenangan pahit mahupun manis bersama si dia dulu. Korang pasti boleh!!!

salam sayang,
Izzati

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More